Hari
Jam
Minit
Saat
Sebelum menyambut Hari Raya Qurban 1443H

Qurban dan Aqiqah

Bersama Serantau Muslim

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan (sebagai bersyukur).

Disokong dan dipercayai oleh tokoh yang dihormati

Laporan qurban yang telus, para peserta akan
menerima gambar qurban beserta banner penama

Duta-Duta Rasmi Serantau Muslim

Dato Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah

Imam Muda Hassan

Ustaz Syaari

Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar

Ustazah Isfadiah

Dai’ Nur Afiqah

Kenapa Perlu Qurban Bersama Serantau Muslim?

Qurban Mudah yang dilaksanakan oleh Serantau Muslim mendapat kepercayaan yang tinggi kerana ketelusan dan kemampuan melaksanakan proses qurban dengan baik dan berkualiti.

Qurban Mudah telah didokong oleh tokoh-tokoh berpengaruh antaranya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Imam Muda Hassan, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Dai’ Nur Afiqah Mahmud.

Qurban Mudah juga turut disokong oleh Mufti Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Mudah, Telus dan Berkat

Serantau Muslim akan melaksanakan ibadah qurban di Syria, Palestin, Yaman Malaysia serta 16 negara lain dan daging akan diagihkan kepada golongan miskin yang memerlukan

Negara-negara pelaksanaan
Qurban Serantau Muslim

Dalam
Negara

Harga Bermula Dari:
RM 700
/ bahagian
  • Dilaksanakan di perkampungan umat Islam yang dhaif dan susah terutama di Sabah

Luar
Negara

Harga Bermula Dari:
RM 400
/ bahagian
  • Dilaksanakan di lokasi umat umat Islam yang memerlukan khususnya di Asia Tenggara
Popular

Syria, Palestin
dan Yaman

Harga Bermula Dari:
RM 700
/ bahagian
  • Dilaksanakan di lokasi kem pelarian Syria, Palestin dan di negara
    Yaman

Sedekah
Daging

Harga Minima Dari:
RM 10
/ minima
  • Sedekah Daging hanyalah inisiatif tambahan ❌ E-sijil, E-book, E-Laporan, Gambar

Pilihan Utama

Kenapa perlu memilih melaksanakan ibadah Qurban bersama Serantau Muslim di Qurban Mudah

Telus dan berpengalaman

Berpengalaman mengurus qurban sejak tahun 2015 lagi dengan lebih 20 ribu ekor haiwan qurban.

Gambar Lembu

Setiap peserta akan menerima gambar haiwan qurban beserta banner nama masing-masing. Kami tidak hanya menunjukkan gambar proses secara umum sahaja.

Yakin dan Dipercayai

Qurban Mudah telah didokong oleh tokoh-tokoh berpengaruh antaranya Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Imam Muda Hassan, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Dai’ Nur Afiqah Mahmud.

Sijil Penyertaan

Setiap peserta Qurban akan menerima E-Sijil Penyertaan, anda juga boleh membuat sijil eksklusif bercetak dan kami akan menghantar ke rumah anda.

Perkembangan Proses Qurban

Proses qurban anda akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui sistem yang efisyen di laman sesawang kami. Anda boleh mendapat maklumat dari hujung jari.

Hadiah Eksklusif

Setiap peserta akan menerima cenderahati khas dari Serantau Muslim termasuklah E-Book Serantau Muslim dan video perkongsian khas dari Duta-Duta Serantau Muslim.

Agihan

Daging qurban akan diagihkan kepada yang sangat dhaif dan memerlukan. Semoga kita semua mendapat pahala berganda daripada qurban yang dilaksanakan, serta daging qurban yang diagihkan.

Pelaksanaan Qurban

Setiap sembelihan akan kami rakamkan vido dan foto sebagai bukti pelaksanaan dan kami sampaikan kepada peserta Qurban sebagai pelaksanaan Qurban bersama Serantau Muslim.

Hanya 3 Langkah Mudah

Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai Qurban bersama Serantau Muslim

Langkah 1

Daftar melalui QurbanMudah.com

Langkah 2

Dapatkan perkembangan dari semasa ke semasa

Langkah 3

Terima gambar qurban anda, sijil, dan cenderahati eksklusif.

Pakej Qurban Luar Negara

Dilaksanakan di lokasi umat umat Islam yang memerlukan khususnya di Asia Tenggara

Pakej Qurban Dalam Negara

Dilaksanakan di perkampungan umat Islam yang dhaif dan susah terutama di Sabah.

Soalan Lazim

Soalan-soalan lazim mengenai ibadah qurban
Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran). ‘Qurban’ bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa-masa tertentu.
Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban”. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya”. Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela)
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji. Apakah perbezaan Aqiqah dan Qurban Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah; Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji. Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu: (a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya. (b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. (c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya. (d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu: (i) Unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam; (ii) Lembu : berumur dua tahun masuk tahun ketiga; (iii) Kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga; (iv) Biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.

Boleh layari terma dan syarat dibawah untuk melaksanakan Qurban bersama Serantau Muslim :
https://qurbanmudah.com/termadansyarat/

× Perlukan bantuan?